Saturday, May 6, 2023

Cerita Sambal Tempeh Special

Tak pernah makan sambal tempeh sehingga masuk ke Smksas Klang. Terpedaya dengan seorang kawan yang bernama Sumathi Krishnan (Kak Su). Mula- mula x suka pun. Kemudian hati tergerak na cuba sebab setiap kali pergi kantin Kak Su akan ambil tempeh. Masa tu dia masih lagi non-vege. Sekarang dia penuh vegetarian. Itu cerita lain. 

Masuk balik cerita ini. Saya jarang pergi kantin sekolah, sentiasa bawa bekal. Kalau tahu ada tempeh saya akan pergi beli. Selepas pindah sekolah baru x pernah tengok tempeh kat kantin (he he, saya pun sebulan sekali dua Kali je masuk kantin, mungkin masa saya x pergi ada).

Hari ini pergi pasar tengok ada tempeh yang panas2. Apa lagi, beli la tempeh na cuba masak sendiri. 

Sedap tapi x garing macam makan kat sekolah dulu. Sepanjang tempoh masak hati teringat pada kantin sekolah lama, kawan2 di sana, kawasan sekeliling Pend Khas. Mmmmm....👀👀👵💕



No comments:

Post a Comment